√ Amalan Zikir Selasa: Penjelasan Fadhilat Dalam Rumi & Maksud

Zikir Selasa – Zikir harian merupakan tindakan berzikir yang sangat disarankan bagi umat Islam untuk dibaca setiap hari.

Dalam artikel kali ini, kami akan membagikan kepada Anda zikir Selasa yang dapat dibaca, dihafal, dan diamalkan.

Himpunan Zikir Selasa

1. Zikir 1

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allahumma solli ‘ala sayidina muhammad. Wa ‘ala sayyidina muhammad

Maksudnya: “Ya Allah semoga rahmat sentiasa tercurah kepada Nabi Muhammad dan juga kepada keluarga Nabi Muhammad.”

2. Zikir 2

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْنَّبِيِّ الْأُمِّيِّ  وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Allahumma solli ‘ala sayyidina. Muhammadin nabiyyil ummiyyi. Wa’ala alihi wasohbihi wasallim

Maksudnya: “Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad Nabimu yang Ummi dan ke atas keluarganya serta sahabat-sahabatnya dan ucapkan salam kepada mereka.”

Kelebihan Zikir Selasa

Kelebihan Zikir 1

1. Dimakbulkan Segala Doa

Rasulullah SAW bersabda:

كُلُّ دُعَاءٍ مَحْجُوبٌ حَتَّى يُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Semua permohonan doa akan dihijab (terhalang) sehinggalah dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad SAW.” – (Hadis Riwayat Al-Tabrani)

2. Diangkat Darjatnya Oleh Allah

Dari hadis Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat (melimpahkan rahmat) kepadanya sepuluh selawat, menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat darjatnya sepuluh darjat.” – (Hadis Riwayat Al-Nasa’i)

3. Diberikan kecukupan hidup

إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ، وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ

Maksudnya: “Jika demikian, Allah akan mencukupkan segala keperluanmu dan mengampunkan dosamu.” – (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)

4. Allah Membalas Selawat

Daripada Abdullah bin al-‘Ash r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh kali.” – [Hadis riwayat Muslim (1530), an-Nasa’i (1295) dan at-Tirmizi (485)]

5. Kedudukan Paling Dekat Dengan Rasulullah di Akhirat

Rasulullah SAW bersabda:

أولى النَّاس بي يوم القيامة أكثرُهم عليَّ صلاةً

Maksudnya: “Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku.” – (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)

Kelebihan Zikir 2

1. Dibalas Ucapan Salam Oleh Rasulullah

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda;

“Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku), melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” – (Hadis Riwayat Abu Daud dan Ahmad, Riyadus Solihin)

2. Memperoleh Syafaat Rasulullah

Daripada Sayyidina Abu Ad-Darda’ RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang berselawat ke atasku ppada waktu pagi sebanyak 10 kali dan pada waktu petang sebanyak 10 kali, dia akan mendaapt syafaatku pada hari kiamat.” – (Hadis Riwayat Ath-Thabrani)

3. Mendekatkan Diri Dengan Syurga

Daripada Ali bin Abu Talib RA, Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Orang yang bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat ke atasku.” – (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)

4. Menghilangkan Rasa Risau dan Gelisah

Dari Ubai bin Ka’ab, RA katanya:

Ya Rasulullah! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak untukkan masa berselawat bagi tuan maka sebanyak mana yang elok aku untukkan?” Baginda SAW, menjawab: “Sekadar mana yang engkau suka”; Aku berkata: “Aku hendak untukkan sesuku dari masaku”; Baginda SAW, bersabda: “Sekadar mana yang engkau suka, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;

Aku berkata: “Kalau begitu aku untukkan setengah dari masaku” Baginda SAW bersabda: “Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”; Aku berkata: “Kalau demikian, aku untukkan dua pertiga dari masaku” Baginda SAW, bersabda: “Suka hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik – untukmu”;

Aku berkata: “(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan”; Baginda SAW, bersabda: “Jika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu” – (Hadis Riwayat Tirmizi, Imam Ahmad, dan Hakim)

5. Diberikan 10 Kali Ganda Pahala

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى عَلَىَّ صَلاَةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ

Maksudnya: “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, nescaya Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat, menghapus darinya sepuluh dosa dan mengangkat darjatnya sepuluh darjat.” – (Hadis Riwayat An-Nasa’i)

Kesimpulan

Artikel bacadoa.my ini juga menyoroti kelebihan amalan zikir Selasa, termasuk meningkatkan martabat, menghapuskan dosa, serta mendekatkan diri kepada Allah. Zikir pada waktu pagi dan petang pada hari Selasa juga membawa harapan mendapat syafaat daripada Rasulullah di hari kiamat dan pahala besar, serta membawa ketenangan dan mendekatkan diri kepada syurga.

Kesimpulannya, amalan zikir harian, terutamanya zikir Selasa, adalah penting dalam Islam, membawa pelbagai manfaat termasuk pahala, keberkatan, dan syafaat di akhirat serta kesejahteraan dalam kehidupan. Artikel ini memberikan panduan untuk umat Islam meningkatkan ibadah dan mendekatkan diri kepada agama mereka.

Photo of author

Team Bacadoa

Team bacadoa.my terdiri daripada mereka yang memiliki pengalaman luas dalam bidang keagamaan. Kami berhasrat agar bacadoa.my dapat dijadikan sumber rujukan untuk membantu umat Islam dalam menjalankan ibadah harian mereka.