√ Daftar Nama Bulan Islam, 12 Bulan Dalam Kalender Hijriyah

Bulan Islam – Dalam kalender Hijriah atau lebih dikenali sebagai kalender Islam, terdapat 12 bulan.

Kalender ini adalah rujukan bagi umat Islam di seluruh dunia, meskipun tiap-tiap negara mungkin mempunyai cara tersendiri dalam melaksanakan ibadah dan merayakan peristiwa keagamaan.

Artikel ini akan mengupas asal usul 12 nama bulan Islam yang terdapat dalam kalender Hijriah, setiap satu bulan merujuk kepada dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Pengenalan Bulan-Bulan Dalam Islam

Allah SWT berfirman dalam Surah At-Taubah Ayat: 36:

اِنَّ عِدَّةَ الشُّهُوْرِ عِنْدَ اللّٰهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِيْ كِتٰبِ اللّٰهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضَ مِنْهَآ اَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۗذٰلِكَ الدِّيْنُ الْقَيِّمُ ەۙ فَلَا تَظْلِمُوْا فِيْهِنَّ اَنْفُسَكُمْ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِيْنَ كَاۤفَّةً كَمَا يُقَاتِلُوْنَكُمْ كَاۤفَّةً ۗوَاعْلَمُوْٓا اَنَّ اللّٰهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ

Maksudnya: Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah dua belas bulan, (sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu, dan perangilah kaum musyrikin semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya. Dan ketahuilah bahwa Allah beserta orang-orang yang takwa.

Berdasarkan ayat di atas dua belas bulan yang disebut oleh Allah SWT yang telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yang telah diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata:

“Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jamada dan Syaaban.” (riwayat Imam Ahmad).

Dalam Bahasa Arab, nama bulan dikenali sebagai “Al-Shuhur” yang merujuk kepada bulan-bulan dalam kalendar Hijriah atau kalendar Islam. Istilah ini digunakan untuk merujuk kepada keseluruhan bulan-bulan dalam tahun Hijriah.

Tarikh Hijriyah Islam yang pertama merujuk kepada peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Mekah ke Madinah. Hijrah ini merupakan peristiwa penting dalam sejarah Islam yang menandakan permulaan kalendar Hijriah, iaitu pada tahun 622 Masihi. Tarikh ini dianggap sebagai permulaan kepada era Hijriah atau kalendar Islam yang digunakan oleh umat Islam di seluruh dunia.

kebanyakan nama-nama bulan dalam kalendar Islam berasal dari Bahasa Arab dan tradisi Arab yang diambil berdasarkan cuaca semasa, peristiwa besar yang berlaku, atau sempena peristiwa bersejarah yang penting. Contohnya, bulan “Rejab” berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘hormat’ atau ‘agung’, manakala bulan “Ramadan” merujuk kepada perkataan yang bermaksud ‘panas’ atau ‘berkeringat’, yang sesuai dengan cuaca yang panas semasa bulan tersebut. Ini menunjukkan bagaimana nama-nama bulan tersebut mempunyai asal-usul yang berakar dari konteks budaya dan alam sekitar masyarakat Arab tradisional.

Walau bagaimanapun, oleh kerana semua bulan berubah 11 hari lebih awal pada setiap tahun, maka musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama bagi sesetengahnya pada masa kini.

Kalender Hijriah yang terdapat nama-nama bulan islam menjadikan panduan kepada umat Islam untuk mengingati peristiwa-peristiwa penting dalam menentukan hari-hari yang bersejarah kepada seluruh umat Islam seperti menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya AidilAdha dan banyak lagi.

12 Nama Bulan Yang Terdapat Dalam Kalendar Hijriah

Dalam Fathul Baari, Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani menegaskan bahawa nama-nama bulan dalam Kalendar Islam telah wujud sejak zaman yang jauh sebelum penentuan penanggalan Islam. Nama-nama bulan seperti Sya’ban, Ramadan, Syawal, dan yang lain telah diamalkan sejak zaman Jahiliyah.

Di bawah ini adalah senarai 12 nama bulan yang terdapat dalam Kalendar Hijriah:

1. Muharram ( محرم)

Bulan pertama dalam kalendar hijriah digelar Muharram, diambil daripada perkataan “Haram” yang bermaksud terlarang. Ini berakar daripada budaya Arab yang mengharamkan peperangan semasa bulan ini. Selepas kedatangan Islam, Rasulullah SAW mengekalkan kebiasaan ini, menjadikannya sebagai salah satu daripada empat bulan yang dihormati dalam agama.

Ketibaan bulan Muharram menandakan permulaan tahun baru Islam bagi umat Islam di seluruh dunia, tidak kira di mana mereka berada.

Pada tahun 2023, 1 Muharram jatuh pada 19 Julai. Ia merupakan permulaan tahun dalam kalendar Qamariah (Hijriah) dan dianggap sebagai salah satu daripada empat bulan yang dihormati.

Pada tarikh ini, umat Islam digalakkan membacakan doa awal tahun selepas menunaikan solat fardhu Maghrib.

Bulan ini menandungi peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Islam, bermula dari zaman Nabi Adam A.S. Khususnya, pada 10 Muharram yang dikenali sebagai hari ‘Asyura, umat Islam disunatkan untuk berpuasa.

Al-Imam at-Tarmizi meriwayatkan daripada Abu Qutadah bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Berpuasa pada hari ‘Asyura akan termasuk dalam hitungan Allah bahawa puasa tu akan menutup dosa setahun sebelumnya”.

Manfaat tambahan yang dijanjikan apabila berpuasa pada bulan Muharram, sebagaimana yang diceritakan oleh al-Imam Muslim dari Abu Hurairah radiallahu anhu, adalah seperti yang diucapkan oleh Rasulullah SAW:

“Puasa yang utama (afdal) sesudah Ramadan ialah puasa di bulan Muharram”.

2. Saffar ( صفر )

Bulan kedua dalam kalendar Hijriah ialah bulan SAFAR. Nama Safar diambil dari perkataan “shifr” yang bermaksud ‘sifar’ atau ‘kosong’. Bulan ini dinamakan Safar kerana orang Arab sering meninggalkan rumah untuk berperang dan mencari makanan sebagai persediaan menghadapi musim panas.

Selain itu, masyarakat Arab jahiliah juga menganggap Safar sebagai bulan yang penuh dengan malapetaka. Menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah masyarakat Islam jahiliah, Safar adalah bulan di mana bala bencana dan malapetaka turun, terutamanya pada hari Rabu minggu terakhir.

Kepercayaan yang tidak berasas itu telah ditolak dengan tegas oleh agama Islam, seperti yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 51:

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatupun melainkan apa yang telah ditetapkan allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu), maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal”.

Maka, adalah penting bagi umat Islam untuk menghapuskan segala sangkaan atau kepercayaan yang tidak berasas supaya kita dapat mengelak daripada melakukan amalan-amalan syirik.

3. Rabiul Awal ( ربيع الأول)

Rabiul Awal, bulan yang ketiga dalam takwim hijriah, dikenali kerana ia menandakan permulaan musim bunga, di mana alam semula jadi menyambutnya dengan kehijauan yang baru.

Ini bukan sekadar bulan biasa, tetapi bulan yang penuh dengan peristiwa penting dalam sejarah Islam. Ia adalah bulan kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW, yang berlaku pada 12 Rabiulawal, bersamaan dengan 20 April 571 Masihi. Tambahan pula, bulan ini menyaksikan perlantikan Baginda sebagai Rasul pada 9 Rabiulawal, pada tahun 610 Masehi. Begitu juga, ia merupakan bulan di mana Baginda meninggalkan dunia pada 12 Rabiulawal, pada tahun 11 Hijriah.

Sebagai umat Islam, adalah penting bagi kita untuk menghargai hari kelahiran junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, dengan memperbanyakkan zikir dan selawat sebagai tanda syukur kepada Allah SWT atas segala limpah kurnia-Nya. Baginda diutuskan untuk membimbing umat manusia ke arah kebaikan dan menghalang mereka dari kejahatan.

Oleh itu, tanggungjawab kita sebagai umat Islam adalah meneruskan perjuangan Baginda dengan menyeru manusia kepada jalan Allah dan menghalang perbuatan mungkar.

Seperti yang dinyatakan dalam firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran, ayat 31-32:

Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad); “Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir”.

4. Rabiul Akhir (ربيع الآخر/ ربيع الثاني)

Rabiul Akhir, bulan keempat dalam kalendar Hijriah, dikenali sebagai kedua dalam musim bunga. Pada bulan ini, umat Islam digalakkan untuk melakukan amalan-amalan sunat yang terdapat padanya, yang sebenarnya tidak berbeza dengan amalan-amalan sunat pada bulan lain.

Tiada amalan khusus yang ditetapkan untuk bulan Rabiul Akhir oleh Rasulullah SAW atau para sahabat. Namun, kita dianjurkan untuk meningkatkan keimanan dan melakukan kebaikan secara berterusan tanpa mengira jenis amalan yang dilakukan.

5. Jamadil Awal ( جمادي الأول )

Jamadil Awal, bulan kelima dalam kalendar hijriah, dinamakan demikian kerana ia menandakan permulaan musim panas. Asal perkataan “Jamada” merujuk kepada permulaan musim sejuk, di mana secara etimologi, bulan ini bermaksud kering atau beku. Orang Arab pada zaman itu memberi nama bulan ini berdasarkan pengalaman mereka ketika menghadapi kekeringan atau pembekuan air, menyebabkan parit, sungai, dan lembah menjadi kering.

Tiada amalan khusus yang ditetapkan untuk bulan ini. Amalan-amalan sunat yang digalakkan adalah seperti bulan-bulan lain, termasuk bersedekah, berzikir, membaca al-Quran, serta melakukan kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain.

6. Jamadil Akhir ( ربيع الآخر/ ربيع الثاني )

Jamadil Akhir, bulan keenam dalam kalendar Hijriah, menyaksikan peristiwa-peristiwa penting yang mempengaruhi sejarah umat Islam. Salah satu peristiwa yang mencorakkan bulan ini ialah pergolakan peperangan Zi Qarad.

Pada masa yang sama, bulan ini menjadi saksi kepada keberanian tentera Islam dalam pertempuran Yamuk pada tahun ke-13 Hijriah semasa era Rasulullah SAW. Kehebatan mereka terbukti ketika menghadapi tentera Rom, di mana hanya 30,000 orang tentera Islam mampu menakluki lebih 100,000 tentera Rom.

Ketua-ketua tentera Islam pada masa itu, seperti Khalid bin Al Walid dan Abu `Ubaidah, menggambarkan kepimpinan yang mantap dalam mengetuai pertempuran. Kemenangan akhirnya berpihak kepada tentera Islam, meninggalkan kesan yang mendalam dalam sejarah.

Meskipun terdapat pandangan yang menyatakan bahawa pertempuran ini berlaku pada bulan Rejab tahun ke-15 Hijrah, namun kehebatan dan kejayaan tentera Islam tetap menjadi kisah yang diabadikan dalam perjuangan umat Islam.

7. Rejab ( رجب )

Rejab, bulan ketujuh dalam kalendar Islam, melambangkan kemuliaan dan keagungan. Ia adalah antara bulan yang dihormati sejak zaman Jahiliah. Rejab juga termasuk dalam empat bulan yang diharamkan.

Dalam bulan ini, umat Islam dituntut meningkatkan amalan sunat dan menjauhi maksiat serta keburukan. Puasa sunat adalah salah satu cara untuk meningkatkan amal ibadah.

Barangsiapa berpuasa pada bulan Rejab, Allah SWT akan memberinya pahala yang besar. Selain itu, disarankan untuk banyak bertaubat dan melaksanakan ibadah-ibadah sunat lain.

8. Sya’aban ( شعبان)

Makna bulan Sya’ban merujuk kepada perpisahan atau perubahan. Bulan Sya’ban merupakan bulan kedelapan dalam kalendar Hijriah. Dalam tempoh ini, beberapa peristiwa penting dalam sejarah Islam berlaku, terutamanya peralihan Kiblat dari Masjid al-Aqsa kepada Ka’bah di Masjidil Haram. Sejak peralihan Kiblat tersebut, umat Islam menunaikan solat menghadap Ka’bah sebagai arah Kiblat utama.

Bulan Sya’ban juga dipercayai mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam. Seperti yang tercatat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud dari Aisyah radhiallahu ‘anha:

“Bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam akan berpuasa di dalam bulan Syaaban kemudian meneruskannya di dalam bulan Ramadhan”.

Pada bulan ini juga, berlaku satu malam yang amat diberkati, iaitu malam Nisfu Sya’ban, yang jatuh pada pertengahan bulan Sya’ban. Kita dianjurkan untuk meningkatkan ibadah dengan membaca al-Qur’an dan surah Yaasin bagi memeriahkan lagi malam tersebut.

9. Ramadan (رمضان)

Ramadan berasal dari perkataan “ramada” yang bermaksud batu yang panas, dan kedatangan bulan Ramadan ini disambut dengan penuh keistimewaan. Ia adalah waktu yang mulia bagi umat Islam di seluruh dunia yang akan segera menjalani ibadah puasa. Pada tahun ini, kita akan menyambut kedatangan 1 Ramadan pada 23 Mac 2023, yang akan tiba dalam beberapa minggu lagi.

10. Syawal (شوال)

Bulan Syawal, yang merupakan bulan kesepuluh dalam kalendar Hijriah, dinamakan demikian berdasarkan bahasa Arab, berasal dari perkataan “syalat” yang bermakna mengangkat atau meninggikan. Ia juga berasal dari kata kerja ‘Tasyawwala’ yang merujuk kepada perasaan kecil atau berkurangan.

Bulan yang penuh dengan kegembiraan bagi umat Islam selepas berpuasa sebulan penuh di bulan Ramadan.

Apabila tiba awal bulan Syawal, umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri, yang jatuh pada 22 April 2023, sebagai tanda kemenangan mereka dalam menahan diri dan menentang godaan selama sebulan. Islam memberikan panduan khas tentang cara merayakan Hari Raya, dengan penekanan pada aspek keibadatan.

11. Zulkaedah ( ذو القعدة )

Bulan Zulkaedah dinamakan berdasarkan kata ‘Qa’ada’, yang bermaksud tempat duduk. Ia merupakan bulan kesebelas dalam kalendar Hijriah.

Pelbagai peristiwa bersejarah berkaitan dengan ibadah haji dan umrah berlaku dalam bulan ini. Pada tahun ke-7 Hijriah, Rasulullah SAW memimpin umat Islam ke Mekah untuk mengerjakan umrah pertama.

Bulan ini juga terlarang untuk berperang.

12. Zulhijjah (ذو الحجة)

Bulan Zulkaedah merupakan bulan yang kedua belas dalam kalendar Hijriah, menandakan akhir tahun dalam susunan tersebut. Ia juga dikenali sebagai bulan suci terakhir di mana segala bentuk pertempuran diharamkan, kerana dalam bulan ini pelaksanaan ibadah haji berlangsung.

Dalam bulan ini, umat Islam digalakkan untuk berpuasa pada hari Arafah bagi mereka yang tidak menunaikan haji, tidak dalam perjalanan, dan tidak dalam keadaan sakit. Puasa ini dijalankan pada hari kesembilan Zulhijjah.

Al-Imam Ubnu Majah meriwayatkan daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Puasa pada hari Arafah akan termasuk dalam hitungan Allah bahawa puasa itu menutup dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya”.

Bulan ini juga merupakan masa yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha, yang lebih dikenali sebagai Hari Raya Korban, jatuh pada 10 Zulhijjah.

Sejak Islam diperkenalkan, ibadah haji tetap dijalankan pada bulan Zulhijjah, khususnya pada tarikh 8, 9, dan 10 Zulhijjah.

Makna bagi 12 bulan Islam yang telah diterangkan di atas pasti mengandungi keistimewaan tersendiri untuk setiap bulannya.

Sebagai umat Islam yang arif, kita seharusnya tidak memilih-milih waktu untuk melaksanakan ibadah sunat. Konsistensi adalah kunci ketika menjalankan ibadah sunat.

Mari kita bersama-sama bersyukur kepada Allah SWT atas peluang yang diberikan kepada kita untuk hidup di muka bumi ini sekali lagi.

Selanjutnya, kita perlu sentiasa bersedia dan bertekad untuk berhijrah menghadapi permulaan Awal Muharam dalam tahun baru ini. Ini memberi peluang untuk melakukan perubahan yang membawa kepada ibadah yang lebih bermakna dan kehidupan sejati sebagai seorang mukmin.

Kesimpulan

Artikel bacadoa.my ini mengupas tentang pentingnya kalendar Hijriah dalam kehidupan umat Islam. Dengan nama-nama bulan yang mengandungi makna dan keistimewaan tersendiri, kalendar ini membimbing umat Islam dalam mengingati peristiwa-peristiwa bersejarah serta melaksanakan ibadah sunat.

Setiap bulan mempunyai peristiwa pentingnya tersendiri seperti bulan Muharram yang menandakan awal tahun baru Hijriah dan bulan Ramadan yang menjadi penanda bulan puasa bagi umat Islam. Selain itu, konsistensi dalam ibadah sunat sepanjang tahun turut ditekankan sebagai persediaan menyambut tahun baru Hijriah dengan tekad yang kukuh untuk melakukan perubahan ke arah kehidupan yang lebih bermakna dan penuh taqwa.

Photo of author

Team Bacadoa

Team bacadoa.my terdiri daripada mereka yang memiliki pengalaman luas dalam bidang keagamaan. Kami berhasrat agar bacadoa.my dapat dijadikan sumber rujukan untuk membantu umat Islam dalam menjalankan ibadah harian mereka.