√ Surah Al Zalzalah: Lafaz Arab, Rumi, dan Maksudnya

Surah Al Zalzalah – Berikut adalah teks Surah Al-Zalzalah dalam bahasa Arab, transkripsi Rumi, serta terjemahan maksudnya.

Anda akan ditemani dengan bantuan audio dan transkripsi Rumi untuk setiap ayat, langkah demi langkah.

Artikel ini juga akan menyelitkan ringkasan mengenai keistimewaan Surah Al-Zalzalah.

Semoga bantuan yang diberikan ini memberikan manfaat dan membantu anda semua.

Pengenalan Surah

Gegaran Al-Zalzalah itu menandakan getaran bumi yang hebat pada hari kiamat.

Surah Al-Zalzalah merupakan surah ke-99 dalam al-Quran, diturunkan di Madinah, dan terdiri daripada 8 ayat.

Tema utama surah ini mengisahkan kehancuran bumi yang akan berlaku pada hari kiamat dengan gegaran yang dahsyat.

Bumi yang kita berpijak pada masa ini akan hancur, memuntahkan segala isi yang ada padanya.

Bacaan Surah Al-Zalzalah

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

إِذَا زُلْزِلَتِ ٱلْأَرْضُ زِلْزَالَهَا ١

Iza Zul Zilatil Ardu Zilzaalahaa

Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dasyat.

وَأَخْرَجَتِ ٱلْأَرْضُ أَثْقَالَهَا ٢

Wa Akhrajatil Ardu Asqolaahaa

Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya.

وَقَالَ ٱلْإِنسَـٰنُ مَا لَهَا ٣

Wa Qolal Insaanu Maa Lahaa

Dan manusia bertanya, “Apa yang terjadi pada bumi ini?”

يَوْمَئِذٍۢ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا ٤

Yaumaizin Tuhaddisu Akhbaarohaa

Pada hari itu bumi menyampaikan beritanya.

بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَىٰ لَهَا ٥

Biannarobbaka Auhaalahaa

Kerana sesungguhnya Tuhanmu, telah memerintahkan sebegitu kepadanya.

يَوْمَئِذٍۢ يَصْدُرُ ٱلنَّاسُ أَشْتَاتًۭا لِّيُرَوْا۟ أَعْمَـٰلَهُمْ ٦

Yaumaizin Yasdurunnaasu Asytaatal Liyurau A’malahum

Pada hari itu, manusia akan keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok -kelompok, untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) segala perbuatannya.

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًۭا يَرَهُۥ ٧

Famay Ya’mal Misqoola Zarrotin Khoiroy Yaroh

Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.

وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍۢ شَرًّۭا يَرَهُۥ ٨

Wamay Ya’mal Misqoola Zarrotin Sharroy Yaroh

Dan sesiapa yang berbuat kepada kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Pengajaran Ayat

Surah Al-Zalzalah ini memberikan beberapa pelajaran yang sangat berharga bagi kita untuk menghadapi kehidupan di dunia dan di akhirat:

  1. Sebagai umat Islam yang percaya kepada Allah SWT, adalah penting bagi kita untuk beriman kepada hari kiamat.
  2. Kita diingatkan untuk sentiasa melakukan amal kebajikan sebagai persediaan untuk kehidupan di akhirat.
  3. Allah SWT memberikan peringatan dan amaran kepada sesiapa yang sengaja menolak perintah yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.
  4. Kita diberi peringatan oleh Allah SWT untuk menjauhi segala jenis maksiat dan berusaha untuk meningkatkan kebaikan dalam kehidupan kita.

Kesimpulan

Kesimpulan daripada artikel bacadoa.my ini ialah Surah Al-Zalzalah mengisahkan tentang hari kiamat dan kehancuran bumi yang akan berlaku pada masa yang ditetapkan. Surah ini memberikan pengajaran penting tentang keimanan kepada hari kiamat, amal kebajikan, menjauhi maksiat, dan meningkatkan kebaikan dalam kehidupan, serta peringatan bahawa segala perbuatan akan dihisab pada hari kiamat. Oleh itu, Surah ini menjadi pemacu untuk mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan sehari-hari.