√ Surah Al Mulk: Teks Arab, Rumi, dan Maksud Lengkap

Surah Al Mulk – Banyak yang bertanya-tanya, kenapa Surah Al-Mulk digalakkan untuk dibaca sebelum tidur dalam Al-Quran.

Surah ini dianggap sebagai pertolongan untuk menghindari azab kubur jika diamalkan dengan tekun.

Apakah keistimewaannya yang membuatnya begitu penting?

Asal Muasal Surah Al-Mulk

Surah Al-Mulk, yang juga dikenali sebagai Surah Al-Malik, merupakan surah ke-67 dalam Al-Quran. Ia mengandungi 30 ayat dan termasuk dalam kategori surah-surah Makkiyyah.

Istilah “Al-Mulk” diberikan kerana ia merujuk kepada “kerajaan”. Beberapa juga menyebutnya sebagai “At-Tabaarak”, yang bermaksud “Maha Suci”.

Menurut riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Al-Quran mengandungi satu surah terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafaati pembacanya sehingga dia diampunkan iaitu Tabarakallazi biyadihil Mulk.” – (Hadis Riwayat Abu Dawud, Ahmad, at-Tirmizi, Riyadh as-Salihin oleh Imam Ahmad)

Ayat ini merupakan ayat yang menggalakkan keamanan dan keselamatan. Oleh itu, bagi sesiapa yang membaca, menghafal, dan mengamalkannya, ia akan menjadi penyelamat dan penjaga dari seksa kubur.

Ringkasan Surah

Secara singkatnya, surah ini bercerita tentang kekuasaan dan pemerintahan yang dimiliki oleh Allah SWT.

Allah diungkapkan sebagai pemilik alam semesta ini dan mempunyai kuasa mutlak terhadap segala makhluk yang diciptakan-Nya.

Inti yang jelas disampaikan di dalamnya termasuklah:

  1. Kecemerlangan dalam penciptaan alam yang sempurna dan tanpa cela.
  2. Alam yang luas dicipta oleh Allah dari ketiadaan yang mutlak.
  3. Allah memiliki kuasa untuk mencipta dan mengambil nyawa sesuatu mengikut kehendak-Nya.
  4. Azab neraka yang menanti bagi orang-orang yang ingkar dan kafir.
  5. Allah mengetahui segala yang tersembunyi, dan mempunyai kuasa menciptakan burung yang terbang di langit, serta menjadikan bumi sebagai sumber rezeki bagi manusia.
  6. Segala rezeki yang dinikmati manusia di dunia ini adalah pemberian dari Allah SWT.
  7. Allah sangat murka terhadap orang yang mendustakan-Nya.
  8. Manusia dipanggil untuk merenungi kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.

Bacaan Surah Al-Mulk

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

(1) تَبَٰرَكَ ٱلَّذِي بِيَدِهِ ٱلۡمُلۡكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ

tabarakallazi biyadihil mulku wa huwa ‘ala kulli syai’in qadir

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;


(2) ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ

allazii khalaqal mauta wal ḥayata liyabluwakum ayyukum aḥsanu ‘amala, wa huwal ‘azizul gafur

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);


ٱلَّذِي خَلَقَ سَبۡعَ سَمَٰوَٰتٖ طِبَاقٗاۖ مَّا تَرَىٰ فِي خَلۡقِ ٱلرَّحۡمَٰنِ مِن تَفَٰوُتٖۖ فَٱرۡجِعِ ٱلۡبَصَرَ هَلۡ تَرَىٰ مِن فُطُورٖ (3)

allazi khalaqa sab‘a samawatin tibaqa, ma tara fi khalqir raḥmani min tafawut, farji‘il baṣara hal tara min futur

Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?


(4) ثُمَّ ٱرۡجِعِ ٱلۡبَصَرَ كَرَّتَيۡنِ يَنقَلِبۡ إِلَيۡكَ ٱلۡبَصَرُ خَاسِئٗا وَهُوَ حَسِيرٞ

summarji‘il baṣara karrataini yanqalib ilaikal baṣaru khasi’aw wa huwa ḥasir

Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).


(5) وَلَقَدۡ زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِمَصَٰبِيحَ وَجَعَلۡنَٰهَا رُجُومٗا لِّلشَّيَٰطِينِۖ وَأَعۡتَدۡنَا لَهُمۡ عَذَابَ ٱلسَّعِيرِ

wa laqad zayyannas sama’ad dun ya bimasabiḥa wa ja‘alnaha rujumal lisy syayatini wa a‘tadna lahum ‘azabas sa‘ir

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.


(6) وَلِلَّذِينَ كَفَرُواْ بِرَبِّهِمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِيرُ

wa lillazina kafaru birabbihim ‘azabu jahannam, wa bi’sal masir

Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.


(7) إِذَآ أُلۡقُواْ فِيهَا سَمِعُواْ لَهَا شَهِيقٗا وَهِيَ تَفُورُ

iza ulqu fiha sami‘u laha syahiqaw wa hiya tafur

Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.


(8) تَكَادُ تَمَيَّزُ مِنَ ٱلۡغَيۡظِۖ كُلَّمَآ أُلۡقِيَ فِيهَا فَوۡجٞ سَأَلَهُمۡ خَزَنَتُهَآ أَلَمۡ يَأۡتِكُمۡ نَذِيرٞ

takadu tamayyazu minal gaiz, kullama ulqiya fiha faujun sa’alahum khazanatuha alam ya’tikum nazir

Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?”


(9) قَالُواْ بَلَىٰ قَدۡ جَآءَنَا نَذِيرٞ فَكَذَّبۡنَا وَقُلۡنَا مَا نَزَّلَ ٱللَّهُ مِن شَيۡءٍ إِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا فِي ضَلَٰلٖ كَبِيرٖ

qalu bala qad ja ana nazirun fa kazzabna wa qulna ma nazzalallahu min syai’in in antum illa fi dalalin kabir

Mereka menjawab: “Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! “


(10) وَقَالُواْ لَوۡ كُنَّا نَسۡمَعُ أَوۡ نَعۡقِلُ مَا كُنَّا فِيٓ أَصۡحَٰبِ ٱلسَّعِيرِ

wa qalu lau kunna nasma‘u au na‘qilu ma kunna fi asḥabis sa‘ir

Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”.


(11) فَٱعۡتَرَفُواْ بِذَنۢبِهِمۡ فَسُحۡقٗا لِّأَصۡحَٰبِ ٱلسَّعِيرِ

fa‘tarafu bizambihim, fa suḥqal li’aṣḥabis sa‘ir

Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.


(12) إِنَّ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّهُم بِٱلۡغَيۡبِ لَهُم مَّغۡفِرَةٞ وَأَجۡرٞ كَبِيرٞ

innallazina yakhsyauna rabbahum bil gaibi lahum magfiratuw wa ajrun kabir

Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.


(13) وَأَسِرُّواْ قَوۡلَكُمۡ أَوِ ٱجۡهَرُواْ بِهِۦٓۖ إِنَّهُۥ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ

wa asirru qaulakum awijharu bih, innahu ‘alimum bizatis sudur

Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.


(14) أَلَا يَعۡلَمُ مَنۡ خَلَقَ وَهُوَ ٱللَّطِيفُ ٱلۡخَبِيرُ

ala ya‘lamu man khalaq, wa huwal latiful khabir

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!


(15) هُوَ ٱلَّذِي جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ ذَلُولٗا فَٱمۡشُواْ فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُواْ مِن رِّزۡقِهِۦۖ وَإِلَيۡهِ ٱلنُّشُورُ

huwallazi ja‘ala lakumul arda zalulan famsyu fi manakibiha wa kulu mir rizqih, wa ilaihin nusyur

Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).


(16) ءَأَمِنتُم مَّن فِي ٱلسَّمَآءِ أَن يَخۡسِفَ بِكُمُ ٱلۡأَرۡضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ

a’amintum man fis sama’i ay yakhsifa bikumul arda fa iza hiya tamur

Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?


(17) أَمۡ أَمِنتُم مَّن فِي ٱلسَّمَآءِ أَن يُرۡسِلَ عَلَيۡكُمۡ حَاصِبٗاۖ فَسَتَعۡلَمُونَ كَيۡفَ نَذِيرِ

am amintum man fis sama ‘i ay yursila ‘alaikum hasiba, fa sata‘lamuna kaifa nazir

Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?


(18) وَلَقَدۡ كَذَّبَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ فَكَيۡفَ كَانَ نَكِيرِ

wa laqad kazzaballazina min qablihim fa kaifa kana nakir

Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.


أَوَلَمۡ يَرَوۡاْ إِلَى ٱلطَّيۡرِ فَوۡقَهُمۡ صَـٰٓفَّـٰتٖ وَيَقۡبِضۡنَۚ مَا يُمۡسِكُهُنَّ إِلَّا ٱلرَّحۡمَٰنُۚ إِنَّهُۥ بِكُلِّ شَيۡءِۭ بَصِيرٌ (19)

awalam yarau ilat tairi fauqahum saffatiw wa yaqbiḍn, ma yumsikuhunna illar rahman, innahu bikulli syai’im basir

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


(20) أَمَّنۡ هَٰذَا ٱلَّذِي هُوَ جُندٞ لَّكُمۡ يَنصُرُكُم مِّن دُونِ ٱلرَّحۡمَٰنِۚ إِنِ ٱلۡكَٰفِرُونَ إِلَّا فِي غُرُورٍ

am man hazallazi huwa jundul lakum yanṣurukum min dunir raḥman, inil kafiruna illa fi gurur

Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.


(21) أَمَّنۡ هَٰذَا ٱلَّذِي يَرۡزُقُكُمۡ إِنۡ أَمۡسَكَ رِزۡقَهُۥۚ بَل لَّجُّواْ فِي عُتُوّٖ وَنُفُورٍ

am man hazallazi yarzuqukum in amsaka rizqah, bal lajju fi ‘utuwwiw wa nufur

Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).


(22) أَفَمَن يَمۡشِي مُكِبًّا عَلَىٰ وَجۡهِهِۦٓ أَهۡدَىٰٓ أَمَّن يَمۡشِي سَوِيًّا عَلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٖ

afamay yamsyi mukibban ‘ala wajhihi ahda am may yamsyi sawiyyan ‘ala siraṭim mustaqim

Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah – atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?


(23) قُلۡ هُوَ ٱلَّذِيٓ أَنشَأَكُمۡ وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَٰرَ وَٱلۡأَفۡـِٔدَةَۚ قَلِيلٗا مَّا تَشۡكُرُونَ

qul huwallazi ansya’akum wa ja‘ala lakumus sam‘a wal absara wal af’idah, qalilam ma tasykurun

Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.


(24) قُلۡ هُوَ ٱلَّذِي ذَرَأَكُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَإِلَيۡهِ تُحۡشَرُونَ

qul huwallazi zara’akum fil ardi wa ilaihi tuḥsyarun

Katakanlah lagi: “Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”.


(25) وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَٰذَا ٱلۡوَعۡدُ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ

wa yaquluna mata hazal wa‘du in kuntum sadiqin

Dan mereka (yang ingkar) berkata: “Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?”


(26) قُلۡ إِنَّمَا ٱلۡعِلۡمُ عِندَ ٱللَّهِ وَإِنَّمَآ أَنَا۠ نَذِيرٞ مُّبِينٞ

qul innamal ‘ilmu ‘indallahi wa innama ana nazirum mubin

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata”.


(27) فَلَمَّا رَأَوۡهُ زُلۡفَةٗ سِيٓـَٔتۡ وُجُوهُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَقِيلَ هَٰذَا ٱلَّذِي كُنتُم بِهِۦ تَدَّعُونَ

fa lamma ra’auhu zulfatan si’at wujuhullazina kafaru wa qila hazallazi kuntum bihi tadda‘un

Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): “Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!”.


(28) قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِنۡ أَهۡلَكَنِيَ ٱللَّهُ وَمَن مَّعِيَ أَوۡ رَحِمَنَا فَمَن يُجِيرُ ٱلۡكَٰفِرِينَ مِنۡ عَذَابٍ أَلِيمٖ

qul ara’aitum in ahlakaniyallahu wa mam ma‘iya au rahimana fa may yujirul kafirina min ‘azabin alim

Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), – maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”.


(29) قُلۡ هُوَ ٱلرَّحۡمَٰنُ ءَامَنَّا بِهِۦ وَعَلَيۡهِ تَوَكَّلۡنَاۖ فَسَتَعۡلَمُونَ مَنۡ هُوَ فِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٖ

qul huwar rahmanu amanna bihi wa ‘alaihi tawakkalna, fa sata‘lamuna man huwa fi dalalim mubin

Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): “Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”.


(30) قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِنۡ أَصۡبَحَ مَآؤُكُمۡ غَوۡرٗا فَمَن يَأۡتِيكُم بِمَآءٖ مَّعِينِۭ

qul ara’aitum in asbaha ma’ukum gauran fa may ya’tikum bima’im ma‘in

Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”.

Kelebihan Membaca Surah Ini

Terdapat banyak kebaikan yang boleh diperoleh oleh umat Islam yang membaca surah ini. Antara faedahnya ialah:

1. Pengampunan dosa

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda,

“Sebahagian daripada Al-Quran ada satu surah yang terdiri daripada tiga puluh ayat, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “Al-Mulk.” – (Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

2. Menyokong sunnah Rasulullah SAW

Dari Jabir RA,

“Nabi SAW tidak akan tidur sehingga beliau membaca Alif laam miim tanzil (surah as- Sajdah) dan Tabarokalladzi bi yadihil mulk (surah al-Mulk).”

3. Perlindungan dari seksa kubur

Dari Ibnu Abbad RA, dia berkata,

“Seseorang sahabat SAW membuat khemah di atas kubur tanpa menyedarinya, tiba-tiba ada seseorang yang membaca surah Tabarak (surah al-Mulk) sampai selesai.

Kemudian dia datang kepada Nabi SAW dan berkata;

“Wahai Rasulullah, saya membuat khemah di atas kuburan tanpa menyedarinya, tiba-tiba ada seseorang yang membaca surah Tabarak (surah al-Mulk) sampai selesai,”

Rasulullah SAW menjawab, “Dia adalah penghalang, dia adalah penyelamat yang menyelamatkannya dari seksa kubur.” – (Hadis Riwayat at-Tirmizi).

Kesimpulan

Kesimpulan dari bacadoa.my Surah Al-Mulk, surah ke-67 dalam Al-Quran, amat dianjurkan dibaca sebelum tidur untuk menghindari azab kubur jika diamalkan dengan tekun. Ia mengandungi 30 ayat dan dikenali sebagai surah Makkiyyah. Pesannya tentang kekuasaan dan pemerintahan Allah SWT serta keagungan penciptaan alam semesta serta hukuman bagi yang ingkar atau kafir. Dengan membacanya, diharapkan dapat memperkukuhkan iman dan kesedaran akan kebesaran Allah.

Surah ini menegaskan ketaatan kepada-Nya dan memperkukuhkan keyakinan dalam menjalani kehidupan. Turut mengajak manusia untuk bertawakal kepada Allah dan menjadikan mereka lebih tekun dalam mematuhi-Nya.

Photo of author

Team Bacadoa

Team bacadoa.my terdiri daripada mereka yang memiliki pengalaman luas dalam bidang keagamaan. Kami berhasrat agar bacadoa.my dapat dijadikan sumber rujukan untuk membantu umat Islam dalam menjalankan ibadah harian mereka.