√ Doa Hindari Wabak Penyakit dan Bencana (Rumi dan Maksud)

Doa Hindari Wabak Penyakit – Apakah bacaan yang paling berkesan untuk mengelakkan penularan penyakit yang boleh kita amalkan secara bersama-sama?

Dalam artikel ini, kami ingin berkongsi doa yang amat berharga untuk menghindari penyebaran wabak penyakit, terutamanya semasa kita berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ini.

Wabak Penyakit Sebagai Tanda Akhir Zaman

Sabda baginda Rasulullah: Dari ‘Auf bin Malik RA berkata:

Aku pernah menemui Nabi SAW ketika terjadi perang Tabuk dan baginda sedang berada di dalam sebuah khemah yang terbuat dari kulit. Lalu baginda bersabda: Hitunglah enam perkara yang akan terjadi menjelang hari kiamat iaitu:

  1. Kematianku
  2. Pembebasan Baitulmaqdis
  3. Kematian yang menyerang kamu sekalian bagaikan penyakit yang menyerang kambing sehingga mati tiba-tiba
  4. Melimpahnya harta benda sehingga ada lelaki yang diberi seratus dinar namun masih marah
  5. Timbulnya fitnah sehingga tidak ada satu pun rumah orang Arab (dalam riwayat lain: rumah orang Islam) melainkan ia akan memasukinya
  6. Akhir sekali perjanjian yang akan berlaku antara kamu sekalian dan bangsa kulit kuning (Bani al-Asfar iaitu Rom), lalu mereka akan mengkhianati perjanjian tersebut dan mereka akan datang menghadapi kalian di bawah lapan puluh (80) panji-panji perang, di bawah setiap panji pula terdiri daripada dua belas ribu (12,000) tentera. – (Hadis Riwayat Al-Bukhari, 2940).

Dalam masa yang sama, Rasulullah SAW juga ada menyebut bahawa azab yang Allah turunkan kepada hamba-hamba Nya itu berlaku apabila manusia melakukan beberapa jenis kerosakan seperti:

  1. Tidaklah nampak zina di suatu kaum, sehingga dilakukan secara terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah-tengah mereka taun (wabak) dan penyakit-penyakit yang tidak pernah menjangkiti generasi sebelumnya.
  2. Tidaklah mereka menipu dalam timbangan kecuali akan ditimpa dengan kemarau berpanjangan serta kezaliman penguasa atas mereka.
  3. Tidaklah mereka menahan zakat (tidak membayarnya) kecuali hujan dari langit akan ditahan dari turun ke atas mereka, dan sekiranya bukan kerana haiwan-haiwan (yang sentiasa berzikir kepada Allah), nescaya manusia tidak akan diberikan hujan.
  4. Tidaklah mereka melanggar perjanjian mereka dengan Allah dan Rasul Nya, kecuali Allah akan menjadikan musuh mereka dari kalangan orang kafir berkuasa atas mereka, lalu musuh tersebut mengambil sebahagian apa yang mereka miliki.
  5. Dan selama pemimpin-pemimpin mereka (kaum muslimin) tidak berhukum dengan Kitabullah (Al-Quran) dan mengambil yang terbaik dari apa-apa yang diturunkan oleh Allah (syariat Islam), melainkan Allah akan menjadikan permusuhan di antara mereka.” – (Hadis Riwayat Ibnu Majah, 4009)

Himpunan Doa Hindari Wabak Penyakit

Di bawah ini, kami ingin berkongsi beberapa doa untuk menghindari penularan wabak penyakit yang boleh kita baca dan amalkan setiap hari. Tujuannya adalah untuk memastikan kesejahteraan diri kita sendiri serta orang-orang di sekitar kita.

1. Doa Pertama

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في
الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syai un fil ardhi wala fissamaa’i wa huwas samii’ul ‘aleemBismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syai un fil ardhi wala fissamaa’i wa huwas samii’ul ‘aleem

Maksudnya: “Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya, Dia lah yang Maha Mendengar lagi Mengetahui.” – (Hadis Abu Daud, Tirmidzi)

Doa ini diberikan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai cara untuk mengelakkan segala bentuk kesulitan sepanjang hari. Ia sangat disarankan untuk diamalkan dengan membacanya tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang.

2. Doa Kedua

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ
وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Allahumma inni a’uuzu bika minal barosi wal jununi wal juzami wa miin sayyi’il asqaami

Maksudnya: “Ya Allah aku berlindung dengan Mu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta, dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.” – (Hadis Riwayat Abu Daud)

Kesimpulan

Artikel bacadoa.my ini membincangkan doa-doa yang penting dalam melawan penyebaran penyakit, khususnya dalam wabak Covid-19. Ia juga mengingatkan kita bahawa wabak penyakit adalah tanda akhir zaman dalam Islam, seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW.

Doa-doa tersebut, seperti Bismillahillazi dan Allahumma inni a’uuzu bika, adalah cara untuk meminta perlindungan dari penyakit dan mengingatkan kita untuk menjauhi kemungkaran dalam menjalani kehidupan. Dengan mengamalkan doa dan berpegang kepada ajaran Islam, kita dapat berharap untuk dijauhkan dari azab dan penyakit.

Jadi, kesimpulan dari artikel ini adalah bahawa doa-doa ini adalah sumber perlindungan dari penyakit, terutamanya dalam konteks pandemik, dan sebagai pengingat akan tanda-tanda akhir zaman dalam ajaran Islam. Dalam Islam, penting untuk menjauhi perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Allah untuk menghindari azab dan penyakit.

Photo of author

Team Bacadoa

Team bacadoa.my terdiri daripada mereka yang memiliki pengalaman luas dalam bidang keagamaan. Kami berhasrat agar bacadoa.my dapat dijadikan sumber rujukan untuk membantu umat Islam dalam menjalankan ibadah harian mereka.