√ Teks Lengkap Ayat Kursi Beserta Manfaat dan Maknanya

Ayat Kursi – Pasti semua orang Islam pernah mendengar tentang ayat kursi. Malah, ramai yang sudah menghafalnya. Namun, menghafalnya bukanlah sekadar perkara rutin, sebaliknya ayat ini menyimpan makna yang amat dalam.

Terdapat juga pelbagai kelebihan bagi sesiapa yang konsisten mengamalkannya. Apa yang anda perlu ketahui tentang ayat tersebut? Sertai perkongsian kali ini hingga ke penghujungnya.

Pengertian Ayat Kursi

Ayatul kursi, iaitu ayat ke-255 dalam Surah Al-Baqarah, merupakan sebahagian daripada Al-Quran yang sangat berharga. Ia sering disebut sebagai penghulu segala ayat Al-Quran. Kepentingan dan keistimewaan ayat ini tidak dapat disangkal, dan ia dihargai oleh sesiapa yang membacanya dengan penuh penghayatan.

Keunikan Ayatul kursi terletak pada keberkatan yang terkandung di dalamnya. Terdapat sepuluh bahagian utama yang membuatkan ayat ini dianggap sebagai salah satu yang paling agung dalam Al-Quran, seperti yang dijelaskan oleh Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi.

إن آية الكرسي تميزت بكونها خاصة بالثناء على الذات العليا لله عز وجل وتنزيهه ووصفه بكل كمال يليق

“Sesungguhnya ayat Kursi itu mempunyai kelebihan dari aspek struktur ayatnnya yang memuji dan mengagungkan zat Allah yang Maha Tinggi, menyucikan Nya serta menyifatkan Nya dengan sifat yang layak bagi zat Allah.”

Kesemua sepuluh bahagian ini mengandungi elemen yang mengagungkan Zat Allah. Kata beliau:

إن آية الكرسي بها عشر جمل كلها ثناء على الله عز وجل، والجملة الأولى «الله لا إله إلا هو» وهي تثبت التوحيد، لا شريك لله

“Sesungguhnya ayat Kursi ini memiliki sepuluh bahagian ayat, kesemua pembahagian ini memuji Allah. Kenyataan pertama dari ayat ini dimulakan dengan nama Allah yang mana ia mengesahkan keesaan Allah dan tiada sekutu bagi Allah.”

Dalil Mengenai Ayatul Kursi

Dari Anas bin Malik RA. berkata, “Rasulullah SAW bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh Al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.”

Berkata Anas bin Malik, “Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?”

Sabda Rasulullah SAW, ” Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat.”

Selain itu, terdapat juga dalil tentang kelebihannya yang membawa maksud:

Kelebihan ayat ini Kursi ini adalah disebabkan padanya terhimpun segala usul nama-nama dan sifat-sifat Allah seperti Wahdaniyyah (Maha Esa), al-Hayah (Maha Hidup), al-Qayyumiyyah (Maha Kekal), al-‘Ilm (Maha Mengetahui), al-Mulk (Maha Menguasai), al-Qudrah (Maha Berkuasa) dan juga al-Iradah (Maha Berkehendak)”. (Lihat: Subul al-Salam, 297/1)

Bacaan Ayat Kursi

ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌۭ وَلَا نَوْمٌۭ ۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍۢ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ ۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ ٢٥٥

Allahu la ilaha illa huwa, al haiyul qaiyum

La ta’khuzhuhu sinatun wa la nawm,

lahu ma fis samawati wa ma fil ‘ard

Man zhal lazhi yashfa’u ‘indahu illa bi izhnihi

Ya’lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,

wa la yuhituna bi shai’im min ‘ilmihi illa bima sha’a

Wasi’a kursiyuhus samawati wal ard,

wa la ya’uduhu hifdzhuhuma wa huwal ‘aliyul azheem

Maksudnya: “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).”

Kelebihan Mengamalkan Ayat Kursi Selepas Sholat

Keistimewaan Ayatul Kursi adalah sesuatu yang amat penting, seperti yang telah diperincikan oleh Imam Al-San’ani.

وَاخْتَصَّتْ آيَةُ الْكُرْسِيِّ بِذَلِكَ لِمَا اشْتَمَلَتْ عَلَيْهِ مِنْ أُصُولِ الْأَسْمَاءِ وَالصِّفَاتِ الْإِلَهِيَّةِ، وَبِالْوَحْدَانِيَّةِ، وَالْحَيَاةِ، وَالْقَيُّومِيَّةِ، وَالْعِلْمِ، وَالْمُلْكِ، وَالْقُدْرَةِ، وَالْإِرَادَةِ

Maksudnya: “Kelebihan ayat ini Kursi ini adalah disebabkan padanya terhimpun segala usul nama-nama dan sifat-sifat Allah seperti Wahdaniyyah (Maha Esa), al-Hayah (Maha Hidup), al-Qayyumiyyah (Maha Kekal), al-‘Ilm (Maha Mengetahui), al-Mulk (Maha Menguasai), al-Qudrah (Maha Berkuasa) dan juga al-Iradah (Maha Berkehendak)”. (Subul al-Salam, 297/1)

Manfaat yang dapat diperoleh oleh sesiapa yang membaca ayat ini adalah seperti berikut:

  1. Perlindungan daripada gangguan makhluk halus sebelum tidur.
  2. Perlindungan dari sihir, santau, pengasih, penipuan, dan ancaman lain.
  3. Menggambarkan keagungan Allah SWT melalui nama-namaNya yang indah.
  4. Merupakan ayat yang paling agung dalam Al-Quran.
  5. Berpotensi untuk mendapat syafaat daripada Al-Quran.
  6. Membawa diri lebih dekat kepada rahmat Allah SWT.
  7. Allah SWT akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
  8. Menyebabkan syaitan gentar, terutamanya di rumah yang penghuninya mengamalkan ayat ini.

Kesimpulan

Artikel bacadoa.my menjelaskan. Ayat Kursi dalam Surah Al-Baqarah adalah ayat yang sangat penting dalam Al-Quran, dihormati sebagai ayat utama yang memuji dan mengagungkan Keesaan Allah.

Mengamalkan Ayat Kursi memberikan pelbagai faedah kepada individu Muslim, termasuk perlindungan dari gangguan makhluk halus, sihir, dan ancaman lain, serta mendekatkan diri kepada rahmat Allah SWT. Oleh itu, umat Islam digalakkan untuk mengamalkan Ayat Kursi dengan sepenuh hati sebagai satu amalan yang membawa berkat dan perlindungan daripada Allah SWT.

Photo of author

Team Bacadoa

Team bacadoa.my terdiri daripada mereka yang memiliki pengalaman luas dalam bidang keagamaan. Kami berhasrat agar bacadoa.my dapat dijadikan sumber rujukan untuk membantu umat Islam dalam menjalankan ibadah harian mereka.