√ Hukum Ambil Wuduk Dalam Tandas, Berikut Penjelasannya

Ambil Wuduk Dalam Tandas – Masalah pengambilan wuduk di dalam bilik air biasa sering berlaku apabila kita berada di rumah.

Keadaan ini berlaku kerana tidak semua rumah dilengkapi dengan tempat khusus untuk mengambil wuduk seperti di surau atau masjid.

Tetapi, adakah seseorang itu dibenarkan untuk mengambil wuduk di dalam tandas?

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda mengenai hukum pengambilan wuduk di dalam tandas.

Hukum Ambil Wuduk Dalam Tandas

Mengambil wuduk di dalam tandas adalah sesuatu yang diizinkan menurut syarak.

Ini diperkuatkan oleh sebuah hadis yang meriwayatkan tentang Rasulullah SAW mandi junub.

Kata Ummu al-Mu’minin Aisyah R.Anha:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا اغْتَسَلَ مِنَ الْجَنَابَةِ غَسَلَ يَدَيْهِ، وَتَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلاَةِ ثُمَّ اغْتَسَلَ، ثُمَّ يُخَلِّلُ بِيَدِهِ شَعَرَهُ، حَتَّى إِذَا ظَنَّ أَنْ قَدْ أَرْوَى بَشَرَتَهُ، أَفَاضَ عَلَيْهِ الْمَاءَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ، ثُمَّ غَسَلَ سَائِرَ جَسَدِهِ‏.‏ وَقَالَتْ كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَرَسُولُ اللَّهِ، صلى الله عليه وسلم مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ

Maksudnya: “Rasulullah SAW apabila mandi junub baginda akan membasuh kedua tangannya (pergelangan tangan), berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat.

Kemudian baginda mandi. Seterusnya baginda memasukkan jari-jari (menyela) ke rambut baginda, sehinggalah baginda merasakan bahawa kulit kepala baginda basah, baginda mencurahkan air ke atasnya sebanyak tiga kali.

Imam Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini beliau berkata: Padanya (hadis ini) istihbab (disunatkan) untuk menyempurnakan wuduk sebelum mandi (junub).

Kemudian baginda membasuh keseluruhan badan baginda. Kata A’isyah lagi: Aku dahulu mandi bersama Rasulullah SAW dari bekas air yang sama.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 272)

Dari hadis yang disebutkan tadi, dapatlah difahami bahawa Nabi SAW telah melakukan wuduk di dalam bilik mandi semasa beliau sedang mandi junub.

Ini menjelaskan bahawa melakukan wuduk di dalam bilik air atau tandas adalah sesuatu yang disyariatkan.

Namun, penting untuk berhati-hati ketika memilih tempat untuk berwuduk kerana kemungkinan najis dari tandas boleh terkena pada pakaian atau tubuh.

Hukum Lafaz Niat Wuduk Dalam Tandas

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr. Luqman Abdullah:

“Sekiranya berada di tandas mahupun bilik air, memadai hanya berniat wuduk di dalam hati tanpa perlu melafazkan nama Allah dengan lisan.”

Oleh itu, ketika berada di dalam bilik air, sudah cukup dengan sekadar menyimpan niat di dalam hati tanpa perlu mengucapkannya dengan lisan.

Cara Ambil Wuduk Dalam Tandas + Bilik Air

Berikut video penjelasan cara ambil wuduk dalam tandas :

Kesimpulan

Artikel bacadoa.my membincangkan isu pengambilan wuduk di bilik air rumah yang sering berlaku kerana kekurangan tempat khusus seperti surau atau masjid. Namun, ia menegaskan bahawa mengambil wuduk di tandas adalah dibenarkan menurut syarak, disokong oleh hadis tentang Rasulullah SAW mandi junub di bilik air.

Selain itu, ia mengingatkan untuk berhati-hati agar tidak terkena najis dari tandas yang boleh mencemari pakaian atau tubuh, serta menyatakan pendapat Mufti Wilayah Persekutuan yang menyebut cukup dengan menyimpan niat wuduk di hati tanpa perlu mengucapkannya dengan lisan.

Photo of author

Team Bacadoa

Team bacadoa.my terdiri daripada mereka yang memiliki pengalaman luas dalam bidang keagamaan. Kami berhasrat agar bacadoa.my dapat dijadikan sumber rujukan untuk membantu umat Islam dalam menjalankan ibadah harian mereka.