√ Doa Nisfu Syaaban Pendek (Lafaz Rumi, Arab, dan Maksudnya)

Doa Nisfu Syaaban – Malam Nisfu Syaaban mengandungi banyak keberkatan buat seluruh umat Islam, di antaranya adalah sebagai masa yang amat sesuai untuk berdoa. Oleh itu, kita sangat digalakkan untuk meluangkan masa berdoa pada saat tersebut.

Dalam artikel ini, kami ingin berkongsi dengan anda tentang doa Nisfu Syaaban yang bermanfaat untuk diamalkan, serta panduan dalam tulisan roman berserta kelebihan yang boleh diperolehi.

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

يطَّلِعُ اللهُ إلى خلقِه في ليلةِ النِّصفِ مِن شعبانَ فيغفرُ لجميعِ خلقِه إلَّا لمشركٍ أو مشاحنٍ

Maksudnya: “Allah SWT melihat makhluk Nya pada malam Nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua makhluk Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan.” – (Sahih Ibn Hibban, No. 5665)

Pendapat Imam As-Syafie berkaitan malam Nisfu Syaaban ini boleh dilihat dalam Kitab Al-Um yang mengatakan bahawa:

بَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ: إِنَّ ٱلدُّعَآءَ يُسْتَجَابُ فِي خَمْسِ لَيَالٍ، فِي لَيْلَةِ ٱلْجُمُعَةِ، وَلَيْلَةِ ٱلْأَضْحَىٰ، وَلَيْلَةِ ٱلْفِطْرِ، وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ، وَلَيْلَةِ ٱلنِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ

“Doa mustajab adalah pada 5 malam iaitu malam Jumaat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam Nisfu Syaaban.”

Kemuliaan malam Nisfu Syaaban terletak pada rahmat Allah SWT yang akan mengampuni segala kesalahan hamba-hamba-Nya. Semoga Allah SWT melimpahkan kekuatan kepada hamba-hamba-Nya untuk menjalankan ibadah dengan penuh khusyuk.

Doa Nisfu Syaaban Pendek

1. Doa 1

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah kami dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.”

2. Doa 2

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan Ramadhan itu).”

Doa Memohon Keampunan Dosa (Rumi)

  1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
  2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
  3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
  4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
  5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
  6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
  7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
  8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
  9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
  10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
  11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
  12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan.
  13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
  14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.
  15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
  16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat.
  17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
  18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
  19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
  20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
  21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.
  22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
  23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
  24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
  25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
  26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
  27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
  28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
  29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
  30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
  31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Kesimpulan

Malam Nisfu Syaaban dianggap sebagai malam yang penuh berkat dalam agama Islam, di mana rahmat Allah SWT diyakini akan mengampuni dosa-dosa umat-Nya pada malam tersebut, kecuali bagi orang-orang yang berbuat syirik atau bermusuhan.

Artikel bacadoa.my ini juga menyediakan doa-doa yang dapat diamalkan pada Malam Nisfu Syaaban, seperti doa untuk memohon berkat dalam bulan-bulan Islam yang mendekat, memohon ampunan dosa, dan meminta perlindungan dari berbagai godaan.

Doa-doa ini bertujuan untuk meningkatkan keimanan dan mendekatkan diri kepada Allah. Malam Nisfu Syaaban dianggap sebagai salah satu dari lima malam di mana doa-doa dikabulkan secara istimewa, dan artikel ini mendorong umat Islam untuk menghabiskan waktu berdoa dan beribadah pada malam ini sebagai waktu yang penuh berkat untuk memohon ampunan dan berkomunikasi dengan Allah.