Doa Solat Tasbih – Adakah terdapat doa tertentu yang sesuai untuk dibaca selepas menunaikan solat sunat tasbih?
Dalam artikel ini, kami ingin berkongsi dengan anda mengenai doa solat tasbih beserta terjemahannya dalam tulisan rumi.
Pengertian Solat Tasbih
Solat sunat tasbih merupakan ibadah sunat yang amat digalakkan untuk dilaksanakan walaupun sekali dalam seumur hidup.
Ia diajar oleh Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya, iaitu Sayidina Abbas bin Abdul Mutalib RA.
Bacaan Doa Solat Tasbih
Doa solat tasbih ialah satu bacaan doa yang dibacakan selepas menunaikan solat sunat tasbih. Berikut ialah teks doanya:
اَللّٰهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ الْهُدَى وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِينِ وَمُنَاصَحَةَ أَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ أَهْلِ الرَّغْبَةِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى أَخَافَك اَللّٰهُمَّ إنِّي
أَسْأَلُكَ مَخَافَةً تَحْجِزُنِيْ عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتَّى أَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ عَمَلًا أَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى أُنَاصِحَكَ بِالتَّوْبَةِ خَوْفًا مِنْكَ حَتَّى أَخْلُصَ لَكَ النَّصِيحَةَ حَيَاءً مِنْكَ وَحَتَّى أَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا وَحَتَّى أَكُوْنَ أُحْسِنَ الظَنَّ بِكَ، سُبْحَانَ خَالِقِ النُّورِ
Allahumma inni as’aluka taufîqa ahlil huda, wa a’mala ahlil yaqin, wa munashahata ahlit taubah, wa ‘azma ahlis shabri, wa wajala ahlil khasyyah, wa thalaba ahlir raghbah, wa ta’abbuda ahlil wara’i, wa ‘irfana ahlil ‘ilmi hatta akhafak.
Allahumma inni as’aluka makhafatan tahjizuni ‘an ma’ashika hatta a’mala bi tha’atika ‘amalan astahiqqu bihi ridhaka wa hatta unashihaka bit taubah,
khaufan minka hatta akhlusha lakan nashihata haya’an minka wa hatta atawakkala ‘alaika fil ‘umuri kulliha wa hatta akuna ‘uhsinuz zhanna bika, subhana khaliqin nur.
Maksudnya: “Ya Allah, kepada-Mu aku meminta petunjuk mereka yang terima hidayah, amal-amal orang yang yakin, ketulusan mereka yang bertobat, keteguhan hati mereka yang bersabar, kekhawatiran mereka yang takut (kepada-Mu), doa mereka yang berharap, ibadah mereka yang wara’, dan kebijaksanaan mereka yang berilmu agar aku menjadi takut kepada Mu. Ya Allah, masukkanlah rasa takut di kalbuku yang dapat menghalangi diri ini untuk mendurhakai Mu. Dengan demikian aku dapat beramal soleh yang mengantarkanku pada redha Mu, dan aku bertaubat setulusnya karena takut kepada Mu. Dengan itu pula aku beribadah secara tulus karena malu kepada Mu. Dengan rasa takut itu aku menyerahkan segala urusanku kepada Mu. Kerana itu juga aku dapat berbaik sangka selalu kepada Mu. Maha Suci Engkau Pencipta cahaya.”
Kelebihan Menunaikan Solat Tasbih
Menjalankan solat tasbih memberikan faedah kepada sesiapa yang melaksanakannya kerana ia membuka pintu keampunan Allah SWT terhadap segala dosa dan kesilapan kita sebagai hambaNya.
Seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas RA:
Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya,
nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan;
Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah.
Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan.
Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlah sekali seumur hidup.” – (Hadis Riwayat Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
Kesimpulan
Artikel bacadoa.my menuliskan, Menunaikan solat sunat tasbih adalah satu amalan yang sangat ditekankan dalam agama Islam. Ia merupakan ajaran Rasulullah SAW kepada Sayidina Abbas bin Abdul Mutalib RA, yang diikuti dengan membaca doa solat tasbih selepas solat.
Amalan ini mempunyai kelebihan besar, termasuk membuka pintu keampunan Allah SWT terhadap segala dosa hambaNya, seperti yang diterangkan oleh Ibnu Abbas RA. Walaupun tidak mungkin dilakukan setiap hari, disarankan untuk menjalankannya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, atau sekali setiap Jumaat, bulan, atau tahun, sebagai keistimewaan besar bagi individu yang menjalankannya dengan ikhlas.