Doa Majlis Perkahwinan – Setiap lelaki dan wanita telah diciptakan oleh Allah sebagai pasangan yang saling melengkapi. Mereka saling memerlukan dan bersifat saling berkaitan. Hubungan antara dua individu ini hanya diakui apabila diikat dengan akad nikah.
Pernikahan menjadi lebih istimewa dan menjadi kenangan yang indah apabila pasangan pengantin merayakan majlis perkahwinan. Bahkan, sangat dianjurkan bagi kita untuk membaca doa pada majlis perkahwinan ini agar keberkatan Allah turut menyertai.
Kelebihan Berkahwin
1. Keberkatan dalam perkahwinan
Di dalam surah ath-Thalaq, ayat 2-3, Allah berfirman:
وَمَنْ يَّتَّقِ اللّٰهَ يَجْعَلْ لَّهٗ مَخْرَجًا ۙ
وَّيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُۗ وَمَنْ يَّتَوَكَّلْ عَلَى اللّٰهِ فَهُوَ حَسْبُهٗ ۗاِنَّ اللّٰهَ بَالِغُ اَمْرِهٖۗ قَدْ جَعَلَ اللّٰهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
“Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Ia akan menjadikan baginya jalan keluar. Dan Dia akan memberikan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupinya (keperluannya)…”
Jelas disini, ketakwaan kepada Allah dapat memberikan jalan keluar kepada segala perkara dan dimurahkan rezeki. Dalam kitab Al-Musnad disebutkan dari Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas, daripada ayahnya, dari datuknya, Abdullah bin Abbas, dia berkata: “Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa banyak beristighfar (memohon keampunan), maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan menjadi kemudahan, setiap kesempitan menjadi lapang, dan Dia akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.
2. Mengikut sunnah nabi
Apabila Nabi Muhammad SAW diundang ke majlis perkahwinan, beliau biasanya membacakan doa yang mengandungi makna yang berikut:
“Semoga Allah memberkatimu, baik dalam kebahagiaan mahupun kesukaran, dan senantiasa mengumpulkan kalian dalam kebaikan.”
Tindakan ini menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak hanya menjalani undangan yang diberikan kepadanya, tetapi juga mendoakan kebahagiaan dan berkat untuk kehidupan perkahwinan kedua-dua mempelai.
Secara keseluruhannya, fase berumah tangga merupakan fase baru bagi mereka yang sebelumnya bujang. Oleh itu, doa untuk mendapatkan pasangan yang baik dan juga memohon keberkatan, kedamaian, cinta, dan rahmat dari Allah adalah sangat penting untuk memastikan kebahagiaan yang berkekalan hingga ke akhirat. In sha Allah.
Doa Selamat Majlis Perkahwinan
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin WassolaaTu Wassalamu ‘Ala AsyRafil Anbiya’i Wal Mursalin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajma’in
Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engka kurniakan kepada kami.
Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka (… nama pengantin …)
Allahumma Ya Rahim Ya Wadud Ya DzalJudi Wal Karami
Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah, kurniakanlah kepada kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat sejahtera serta dikurniakan zuriat yang soleh. Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka, berakhlak mulia dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada-Mu ya Allah.
Allahumma Ya Badii-‘AssamaWatti Wal Ardh
Kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal-afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan majlis yang diberkati ini.
Allahumma Allif Bainal-‘AruuSaini Kama AllafTa Bainal-Ma’ WatTiini Wa Baina AaDaMa Wa HauWa’, Wa Baina Ibrahima WaHaaJara Wa SaaRaha, Wa Baina YuuSuFa Wa DzuLaihah, Wa Baina Ayyuba Wa Rahmah, Wa Baina Musa Wa SoFuuRoh, Wa Baina Sulaiman Wa Balqiis, Wa Baina Sayyidina Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wassalam Wa ZauJaaTihil MuThohHaraaTi RidWaaNullahi ‘AlaihinNa Ajma’ina Birohmatika Ya Arhamar-RaaHimiin.
Allahummaj’al Jam’aNa HaZaa Jam’an MarhuuMa Wa TaFarruQana Min Ba’dihi TafarruQon Ma’SuuMaa Wa Laa Taj’al FiiNa Wa Laa Ma’aNa Syaqiyya Wa Laa MahRuuMaa Ya Akramal Akraminn.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.
Robbanaa AaTina Fiddunyaa Hasanatan Wa Fil-AakhiRoti HasanaTan WaQinaa ‘AzaaBan-Nar.
Wa Sollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajma’in Walhamdulillahi Robbil ‘Alamin.
Doa Majlis Perkahwinan Lain
1. Doa 2
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِى خَيْرٍ
Barakallahu laka wa baraka ‘alaika wa jama’a bainakuma fiil Khairin
Maksudnya:
“Semoga Allah memberkati kamu dalam semua perkara (baik) dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.” – (Hadis Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah, dan Ibnu Hibban)
2. Doa 3
اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَمِنْ شَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْ
Allahumma inni as’aluka min khorihaa wa khoirimaa jabaltahaa ‘alaih, wa a’udhu bika min syarrihaa wa syarrimaa jabaltahaa ‘alaih
Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadamu kebaikan dirinya dan kebaikan yang Engkau tetapkan atas dirinya. Dan aku berlindung kepada Mu dari keburukannya dan keburukan yang Engkau tetapkan atas dirinya.”
أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُوْنَ ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ اْلأَبْرَارُ ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلاَئِكَكُمُ
Maksudnya:
“Telah berpuasa di sisimu orang-orang yang berpuasa, dan telah memakan makananmu orang-orang yang baik, dan para Malaikat telah mendoakanmu.”
3. Doa 4
اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ ، وَارْحَمْهُمْ ، وَبَاِرِكْ لَهُمْ فِيْمَا رَزَقْتَهُمْ
Allahummaghfirlahum, warhamhum, wa bariklahum fiima rozaqnaahum
Maksudnya:
“Ya Allah, ampunilah mereka, sayangi mereka dan berkatilah mereka atas apa yang Engkau berikan kepada mereka.” – (Hadis Riwayat Ahmad)
اِذْ اَوَى الْفِتْيَةُ اِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوْا رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا
Iz awaalfitnatu ilalkahfi faqalu rabbana aatinaa min ladunka rahmatan wahayyi’lana min amrina rosyadaa
Maksudnya:
“Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.” – (Surah al-Kahfi, ayat 10)
حَدَّثَنَا فَرْوَةُ، حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْهِرٍ، عَنْ هِشَامٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ تَزَوَّجَنِي النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فَأَتَتْنِي أُمِّي فَأَدْخَلَتْنِي الدَّارَ، فَإِذَا نِسْوَةٌ مِنَ الأَنْصَارِ فِي الْبَيْتِ فَقُلْنَ عَلَى الْخَيْرِ وَالْبَرَكَةِ، وَعَلَى خَيْرِ طَائِرٍ.
Maksudnya:
“Ketika Nabi SAW menikahkan denganku, ibuku datang kepada aku dan membuatku memasuki rumah di mana aku melihat beberapa wanita daripada kaum Ansar yang berkata, “Semoga kamu makmur dan berkat serta mendapat pertanda baik.” – (Sahih Bukhari No. 5156)
4. Doa 5
اللهم بارِكْ لي في أهلي، وبارِكْ لأهلي فِيَّ، اللهم ارزقْهم مِنِّي، وارزقْني منهم، اللهم اجمع بينَنا ما جمعتَ في خيرٍ، وفرِّق بيننا إذا فرقتَ في خيرٍ
Allahumma barik li fi ahli, wa barik ahli fiya. Allahumarzuqhum minni, warzuqni minhum. Allahummajma’ bainana ma jama’ta fi khair. Wa farriq bainana idza faraqta fi khair
Maksudnya:
“Ya Allah berkatilah kehidupan dalam keluargaku, juga berkatilah keluargaku dalam hidupku. Ya Allah berikanlah rezeki untuk keluargaku dan berikanlah rezeki untukku dari keluargaku. Ya Allah kumpulkanlah kami sebagaimana Engkau kumpulkan dalam kebaikan, juga jangan pisahkan kami kecuali dalam perpisahan yang baik.”
Semoga penerangan mengenai doa majlis perkahwinan ini dapat memberikan panduan yang bermanfaat kepada calon pengantin di luar sana, untuk meraih keberkatan yang lebih dalam pernikahan mereka kelak.
Doa yang Boleh Diamalkan Ketika Memenuhi Undangan Perkahwinan
Hadis Rasulullah SAW menyatakan:
“Apabila salah seorang daripada kamu diundang ke majlis perkahwinan, maka wajiblah baginya untuk memenuhinya.” (Sahih Muslim No. 1429)
Maka, salah satu adab yang dapat kita amalkan ketika menghadiri undangan perkahwinan adalah mendoakan kedua mempelai dan keluarga mereka agar diberikan kebahagiaan dalam keluarga, kedamaian, dan rahmat. Selain itu, kita juga boleh mengamalkan doa-doa lain seperti yang tertera di bawah:
1. Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
Maksudnya:
“Semoga Allah memberkati kamu dalam semua perkara (baik) dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah, dan Ibnu Hibban)
2. Doa memohon kebaikan
Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadamu kebaikan dirinya dan kebaikan yang Engkau tetapkan atas dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu dari keburukannya dan keburukan yang Engkau tetapkan atas dirinya.”
3. Doa memohon rahmat dan keberkatan
Maksudnya:
“Ya Allah, ampunilah mereka, sayangi mereka dan berkatilah mereka atas apa yang Engkau berikan kepada mereka.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Salah satu doa lain untuk memohon rahmat adalah seperti dalam surah al-Kahfi ayat 10:
اِذْ اَوَى الْفِتْيَةُ اِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوْا رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا
Iz awaalfitnatu ilalkahfi faqalu rabbana aatinaa min ladunka rahmatan wahayyi’lana min amrina rosyadaa
“Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.” (Surah al-Kahfi: ayat 10)
4. Doa memohon keberkatan dalam berkeluarga
اللهم بارِكْ لي في أهلي، وبارِكْ لأهلي فِيَّ، اللهم ارزقْهم مِنِّي، وارزقْني منهم، اللهم اجمع بينَنا ما جمعتَ في خيرٍ، وفرِّق بيننا إذا فرقتَ في خيرٍ
Allahumma barik li fi ahli, wa barik ahli fiya. Allahumarzuqhum minni, warzuqni minhum. Allahummajma’ bainana ma jama’ta fi khair. wa farriq bainana idza faraqta fi khair.
“Ya Allah berkatilah kehidupan dalam keluargaku, juga berkatilah keluargaku dalam hidupku. Ya Allah berikanlah rezeki untuk keluargaku dan berikanlah rezeki untukku dari keluargaku. Ya Allah kumpulkanlah kami sebagaimana Engkau kumpulkan dalam kebaikan, juga jangan pisahkan kami kecuali dalam perpisahan yang baik.”